Wednesday 1 October 2014

10 Portfolio Exco Baru Selangor


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengumumkan 10 portfolio bagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) baharu yang dilantik, sebahagiannya mengalami rombakan dan penambahbaikan.
Senarai portfolio terbabit adalah:

1. Exco Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Penerangan (Mohamed Azmin Ali, PKR-Bukit Antarabangsa).
2. Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan (Datuk Teng Chang Kim, DAP-Sungai Pinang).
3. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar (Iskandar Abdul Samad, PAS-Cempaka).
4. Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna (Elizabeth Wong Keat Ping, PKR-Bukit Lanjan).
5. Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru (Ean Yong Hian Wah, DAP-Seri Kembangan).
6. ExcoHal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembanguna Desa dan Kampung Tradisi (Dr Ahmad Yunus Hairi, PAS-Sekijang).
7. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (Dr Daroyah Alwi, PKR-Sementa).
8. Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin, dan Pekerja Ladang (V Ganabatirau, DAP-Kota Alam Shah).
9. Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknologi dan Inovasi (Nik Nazmi Nik Ahmad, PKR-Seri Setia).
10. Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan (Amirudin Shari, PKR-Batu Caves).
11. Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani (Zaidy Abdul Talib, PAS-Taman Templer).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...