Wednesday 10 September 2014

Anwar Menteri Kewangan Pertama Minta GST Dilaksana


Mesti ramai yang terkejut dengan post aku kali ni. Aku pun terkejut jugak. Apapun jom kita baca apa yang Rakyat News tulis kat bawah ni:



KUALA LUMPUR 10 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1992 telah menyokong perlaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) di negara ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perlaksanaan GST yang telah disokong oleh Anwar telah diutarakan dalam perbentangan bajet tahunan negara.

"Saya bukan Menteri Kewangan yang pertama menyebut tentang GST. Saya mahu memberi tahu Menteri Kewangan pertama yang sebut hasrat kerajaan untuk melaksanakan GST pada tahun 1992 dalam ucapan (perbentangan) bajet, nama Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pada 30 Oktober 1992, Menteri Kewangan pada ketika itu menyebut bahawa GST akan dilaksanakan pada tahun hadapan tetapi Anwar membuat pusingan.

"GST sejak ketika itu lagi dalam perancangan kerajaan. Jika GST tidak baik, mana mungkin dalam kerajaan ketika itu sanggup mengumumkan bahawa GST akan dilaksanakan," katanya ketika menutup Majlis Penerangan Perdana GST di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib yang hadir pada majlis tersebut telah menerangkan kepada hampir 2,000 orang awam mengenai manfaat pelaksanaa GST yang mampu memacu ekonomi negara ke arah status negara maju.

Sebelum ini, Anwar telah menyelar bahawa pelaksanaan GST merupakan cukai menghukum rakyat.

"Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata Anwar.

Menurut Najib, pembangkang sering kali menyalahkan kerajaan melaksanakan cukai tersebut walhal dalam pada masa yang sama Anwar turut menyokong penuh pelaksanaan cukai tersebut semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1992.

"Kita bukan seperti pembangkang, main politik memanjang. Janji sana, janji sini tetapi perbelanjaan daripada mana? Hasil daripada mana?

"Kita bertanggungjawab. Kita mahu buat dengan cara yang baik dan teratur serta turut menerangkan kepada rakyat.

"Tidak mengapa jika ada orang mengatakan GST ini tidak popular tetapi selepas kita laksanakan GST, selepas ekonomi kita akan kukuh dan mencapai taraf negara maju, rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan bahawa GST itu telah dilaksanakan.

"Kita akan buktikan dibawah pimpinan BN kita akan terus membawa rakyat dan negara ke arah yang lebih maju dan lebih berjaya," katanya.

Pelaksanaan cukai GST dikenakan sebanyak 6 peratus berbanding cukai sedia ada iaitu Sales And Service Tax (SST) sebanyak 12 peratus.

GST turut dilaksanakan sebanyak 160 negara dan Malaysia merupakan negara Asia yang mengenakan cukai GST lebih rendah berbanding negara lain seperti China sebanyak 17 peratus.

Cukai tersebut lebih adil apabila mengenakan 6 peratus dari perkilangan ke kedai perkhidmatan untuk pembeli tidak perlu khuatir akan pembelian barangan yang bercukai berganda ataupun cukai tersembunyi.


Ia juga dapat mengurangkan kos perniagaan peruncit daripada pembekal kerana pembekal boleh mendapatkan pulangan GST.

Bagi aku mungkin Anwar Ibrahim ada menyebut tentang GST tetapi tidak melaksanakannya. Manakala Najib bukan sahaja menyebut malah melaksanakannya.

Terlalu banyak perkara yang positif dan negatif diperkatakan mengenai GST ini. Walaupun ia memberikan hasil kepada negara tetapi sekiranya hasil tersebut diuruskan secara tidak efektif maka ia tidak memberikan kesan kepada pembangunan negara.

Rakyat mahu melihat kadar pendapatan perkapita bagi isirumah meningkat kerana saban tahun harga barangan dan perkhidmatan akan terus meningkat. Kepada sesiapa yang kata barangan dan perkhidmatan tidak naik maka dia telah melakukan pembohongan yang nyata. Mungkin kerana dia tidak pernah turun padang untuk merasainya sendiri.

Apapun kita tunggu bulan April 2015 apabila bermulanya percaturan GST di negara kita.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...