Tuesday 7 October 2014

Potong Subsidi Tanda Kerajaan Kekurangan Wang....


Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah mendakwa tindakan memotong subsidi petrol dan diesel adalah kerajaan BN kini kekurangan wang.

Beliau berkata kerajaan selama ini terlalu bergantung kepada pendapatan daripada hasil minyak dan gas kini menyebabkan rakyat pula terpaksa menanggung bebanan itu.

Beliau menyifatkan tindakan memotong subsidi itu pelik kerana trend harga minyak di seluruh dunia kini telah pun turun.

"Di United Kingdom, minyak diturunkan 25 sen dan di India turun 5 sen.

"Maknanya kerajaan kini kekurangan wang.

"Ini hanya permulaan, kita akan melihat harga barangan lain bakal meningkat juga," kata beliau dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Harga petrol RON 95 dan naik 20 sen seliter selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan langkah mengurangkan subsidi 1 Oktober lalu.

RON95 kini dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20 lapor Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...