Monday 8 September 2014

Aduhai Ramli MS dan Alyah...


  1. Baru-baru ni kecoh pasal Dato' Ramli MS dan Alyah dah kahwin di seberang. Almost setahun lebih diorang dah kahwin tapi tak daftar di Malaysia.
  2. Soalan pertama: Kenapa nak kahwin kat seberang? Apa yang nak disorokkan? Mungkin Dato' Ramli MS ada hak untuk berdiam diri mengenai perkara ini tetapi ia hanya akan menimbulkan pelbagai tanggapan negatif sekiranya tidak diperjelaskan.
  3. Bagi aku, Islam itu mudah dan tak perlu dikusutkan. Islam itu sendiri sudah cantik. Tak perlu dikotorkan dengan tindakan yang terkadang tidak masuk akal.
  4. Sekiranya pernikahan mereka digembar-gemburkan dan takut akan populariti merosot aku rasa ia adalah pandangan yang jumud. Aku percaya ramai di luar sana akan mendoakan kebahagiaan mereka sekiranya mereka memberitahu lebih awal.
  5. Sekarang ni tak pasal-pasal nak kena tindakan denda dan penjara. Entahlah...dunia...dunia...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...