Saturday 27 September 2014

PAS Perlu Perluas Pemahaman Islam - Dr. Dzulkefly


Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr. Dzulkefly Ahmad berkata PAS tidak akan dianggap sebagai sebuah parti yang kurang Islamik jika mereka melangkaui sempadan dan fokus untuk membawa mengenai pemahaman Islam yang lebih luas.

Beliau berkata, kelompok Islamis terlalu bimbang dan terkongkong dalam kuasa serta politik di mana mereka gagal untuk menyampaikannya dengan jelas.

"Saya yakin dengan mesej dan penyampaian yang jelas, parti pasti akan dapat memberi pemahaman yang jelas dan mendapat sokongan baik.

Dzulkefly berkata, rakyat perlu memahami mengenai perjuangan dan matlamat yang mereka cuba sampaikan.
"Jika PAS mahu fokus kepada membawa pemahaman lebih luas mengenai Islam, mereka tidak akan dianggap parti kurang Islamik," katanya.
Dzulkefly berkata, Al-Quran menyatakan kekayaan negara tidak seharusnya berada dalam tangan golongan elit saja dan mereka yang kaya raya.

"Al-Quran mengajar mengenai pembahagian yang sama rata, tetapi rakyat tidak pernah dengar mengenai perkara ini daripada kumpulan Islamis kerana mereka bercakap mengenai hal lain,” katanya.
Katanya, kebanyakan kesilapan berpunca daripada diri mereka sendiri tetapi ia masih tidak terlalu lewat untuk memperbaikinya.
"Islam sudah tercalar untuk sekian lama hasil kesilapan kita sendiri, tetapi ini tidak bermakna ia sudah terlewat untuk memperbaiki persepsi mengenai agama.

"Al-Quran tidak dijelaskan secara betul dan ia berpunca daripada kesilapan kita. Tetapi isu urus tadbir dan kesaksamaan secara jelas dinyatakan dalam Al-Quran,” katanya.
Beliau memberi contoh tokoh politik Tunisia Rashid al-Ghannouchi, salah seorang tokoh pemikir Islam.
"Rashid menganjurkan penstrukturan kehidupan ekonomi yang asasnya lebih saksama, mengakhiri sistem politik satu parti dan penerimaan politik pluralisme serta demokrasi," katanya.
"Rashid menulis secara menyeluruh mengenai Islam dan kemodenan, demokrasi dan sekularisme, hubungan Barat dan Timur, hak asasi manusia dan kumpulan sivil,” katanya.

Dzulkefly berkata, sudah sampai masanya untuk PAS berubah menjadi lebih progresif bagi membantu Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya lapor The Malaysian Insider.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...