Friday 19 September 2014

Sultan Selangor 'Interview' Tiga Bakal Calon MB Selangor


Sultan Selangor telah memberi perkenan mengadap tiga calon bakal Menteri Besar Selangor bagi menilai kesesuaian mereka menjawat jawatan tersebut.

Mereka ialah Pesuruhjaya PAS Selangor dan juga Adun Cempaka, Iskandar Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi (Adun Sijangkang) dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (Adun Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak). Majlis mengadap tersebut telah diadakan secara berasingan di Istana Kayangan, Shah Alam awal minggu lalu. Ia merupakan peringkat terakhir bagi memilih calon yang sesuai untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

Turut hadir di dalam sesi tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin  Munawi dan Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman.

Istana Selangor akan mengumumkan nama Menteri Besar Selangor yang baharu selewat-lewatnya Isnin ini.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani. "Istana (Selangor) akan umumkan siapa MB (menteri besar) baharu selewat-lewatnya Isnin ini.

"Bagaimanapun, ia (pengumuman itu) terpulang kepada perkenan Sultan Selangor," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...