Wednesday 24 September 2014

JPA Nafi Berita Kenaikan Gaji Penjawat Awam Tahun Depan


Baru-baru ini telah tersebar luas di alam maya mengenai berita kenaikan gaji untuk penjawat awam bermula tahun hadapan.

Berita yang tersebar di WhatsApp melaporkan kerajaan akan memberi kenaikan gaji antara RM500-RM1,000 kepada semua penjawat awam mengikut gred bermula 1 Januari 2015.

Berikut penafian yang telah dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam:

PUTRAJAYA, 25 Sept -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) padaa Khamis menafikan penyebaran berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang tersebar luas melalui media sosial.

JPA dalam kenyataan di sini memohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan berita berkenaan sekiranya ada menerimanya.

Berita yang mendakwa kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji baharu mulai 1 Jan 2015 didapati tersebar secara meluas di laman sosial dan ruang maya.

Kita tunggu pembentangan bajet 2015 nanti. Mungkin ada hadiah menanti untuk penjawat awam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...