Tuesday 23 September 2014

Mungkinkah Ada Rombakan Exco Besar-Besaran?



Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali memberitahu bahawa barisan exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru akan diumumkan pada hari Khamis ini dan majlis angkat sumpah akan berlangsung pada keesokkan harinya (Jumaat).

Beliau berkata bahawa dakwaan bahawa jawatan Timbalan Menteri Besar Selangor akan diwujudkan tidak berbangkit setakat ini.

"Barisan exco Kerajaan Negeri Selangor akan ditentukan pada Khamis ini dan majlis angkat sumpah jawatan akan berlangsung pada Jumaat.

"Perkara itu (Timbalan Menteri Besar) langsung tidak dibincangkan dan tidak berbangkit setakat ini," katanya pada sidang media selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji di Istana Alam Shah.

Beliau turut mengulas mengenai kedudukan empat EXCO dari PAS yang masih kekal dalam pentadbiran kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini akan dibincangkan pada mensyuarat akan datang.

"Perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang sebelum pengumuman rasmi mengenai barisan EXCO yang baharu," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengatakan bahawa akan meneruskan dasar-dasar pentadbiran yang telah dilaksanakan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini malah akan meneliti semula kedudukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri lapor Rakyat News.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...