Tuesday 16 September 2014

The More, The Merrier...


Sebuah parti politik baharu, Parti Alternatif Rakyat (PAP) telah ditubuhkan dan kini sedang menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS)


Presiden Jawatankuasa Penaja PAP, Zulkifli Mohd Noor berkata pihaknya telah menghantar permohonan mendaftarkan parti itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam dan masih menunggu kelulusan.

"Selepas mendapat kelulusan ROS, kami akan melancarkan parti baharu ini di Kuala Lumpur. Sementara menunggu kelulusan itu, kami akan patuh arahan pihak ROS tentang apa yang boleh dan tidak boleh kami lakukan sehingga disahkan mendapat sijil rasmi kelak," katanya dalam sidang akhbar bagi mengumumkan penubuhan jawatankuasa penaja PAP di sini,

Beliau berkata parti baharu yang berlandaskan ideologi liberal demokratik itu juga berhasrat untuk mempersiapkan calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14, kelak.

Katanya, calon akan dihantar bertanding di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di seluruh negara.

Zulkifli berkata selain 25 anggota jawatankuasa penaja, pihaknya telah mengenal pasti pemimpin di peringkat negeri, kawasan Parlimen dan cawangan serta mengembangkan parti itu ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata keahlian PAP terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan tidak akan menyekat anggota daripada mana-mana parti politik lain untuk menyertai parti berkenaan.

"Kami memberi peluang kepada anak-anak muda, mereka yang tidak menjadi anggota mana-mana parti, mereka ingin tinggalkan dan sudah tinggalkan parti mereka serta mereka yang tiada platform untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya umum dan kecil.

"Pesara tentera, polis dan anggota keselamatan yang lain boleh juga menyertai atau sekurang-kurangnya memberi sokongan kepada parti in nanti," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...