Thursday 11 September 2014

Jawapan Balas Anwar Berkaitan GST


Dua hari lepas aku ada siarkan mengenai kenyataan Najib berhubung isu GST yang dikatakan dicetuskan oleh Anwar sewaktu menjadi Menteri Kewangan satu ketika dahulu.


Namun kenyataan tersebut telah disanggah oleh Anwar yang mengatakan ia adalah kenyataan yang 'tidak jujur dan mengelirukan.'

Menurut Anwar, sewaktu menjadi Menteri Kewangan, beliau tidak bersetuju Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan kecuali beberapa syarat dipatuhi terlebih dahulu.






"Di Parlimen, saya nyatakan dengan jelas GST mesti dijalankan dengan cara yang telus dan cekap, maksudnya prasyarat tertentu mesti dipenuhi sebelum ia dilaksanakan. Ini termasuk urustadbir yang sesuai, ketelusan, tiada ketirisan dan pembaziran dan terpelihara daripada amalan rasuah," katanya dalam satu kenyataan hari ini merujuk pendirian yang dibuat beliau lebih 20 tahun lepas.

Beliau turut menekankan kadar GST mesti bermula pada kadar yang rendah. Namun semua syarat tersebut tidak dipenuhi menyebabkan GST tidak pernah dilaksanakan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...