Saturday 20 September 2014

MB Selangor : 99% Kemungkinan Milik Azmin - Sumber


Kurang 48 jam sebelum Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor pada Selasa ini di Istana Alam Shah, sudah pasti pelbagai spekulasi dan jangkaan siapa bakal menjadi Menteri Selangor yang baharu bertiup kencang di sana sini.

Perdebatan di kedai kopi dan perbincangan sahabat-sahabat juga tertumpu kepada isu berkenaan namun hanya satu daripada tiga nama calon yang hangat diperkatakan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad dan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi bakal menaiki takhta itu.


Menurut sumber dalaman Pakatan Rakyat (PR), ketiga-tiga calon itu sudah dipanggil ke Istana Alam Shah minggu lalu untuk 'ditemuduga' pihak istana namun difahamkan calon terakhir yang masuk, Azmin merupakan calon yang mendapat perkenan untuk menjadi menteri besar.

"Azmin yang terakhir masuk dan diterima kerana dia bertemu beberapa lagi 'orang atasan' istana untuk membincangkan isu berkenaan majlis Selasa ini.

"Semuanya sudah dipersetujui dan hanya menunggu masa untuk majlis itu. Kini kita boleh kata 99 peratus kemungkinan Menteri Besar Selangor milik Azmin," katanya.

Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, nama Azmin dikatakan akan 'naik' menjadi Menteri Besar Selangor tetapi tidak kesampaian apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah jawatan untuk penggal kedua selepas PR memenangi majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya 2013.


Sementara itu, seorang ADUN Selangor dari PKR yang dihubungi turut mengesahkan kemungkinan besar Azmin akan menjadi Menteri Besar Selangor Selasa ini.

Berita selanjutnya baca di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...