Wednesday 24 September 2014

Mahathir Bersuara Lagi....



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia untuk ditahan oleh pihak polis sekiranya beliau telah membuat kenyataan yang salah sebelum ini.


Beliau berkata beliau pada masa kini merupakan seorang rakyat biasa yang akan mengikut segala undang-undang di negara ini.

"Saya cuma rakyat biasa sekarang. Jika saya sepatutnya ditahan mengikut undang-undang, teruskan," katanya selepas menghadiri program Kepimpinan Asas Perdana CEO 2014 disini, hari ini.

Menurutnya, layanan yang baik tidak diharapkan oleh beliau sebagai seorang ahli politik pada setiap masa.

"Saya boleh petik kenyataan lebih ekstrem oleh sesiapa pun, tetapi saya tidak mahu lakukannya. Sebagai ahli politik saya tidak harap dilayan baik setiap masa," ujarnya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng telah membuat laporan polis berhubung dakwaan Mahathir terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Laporan polis turut dilakukan oleh Kit Siang pada hari ini untuk meminta pihak polis untuk menyiasat Mahathir.

Disamping itu, Mahathir turut menggesa semua ahli politik di negara ini supaya meletakkan jawatan sekiranya tidak tahan dengan segala tohmahan dan kritikan.

Jelasnya, seorang ahli politik perlu bersikap terbuka untuk menerima segala kritikan.

"Sebagai ahli politik saya tidak hanya suka orang memuji saya, namun saya mahu orang mengkritik saya," katanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...