Monday 8 September 2014

Kalau begitu...baguslah...


  1. Menurut Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, parti itu sentiasa mendukung sistem demokrasi dan prinsip raja berperlembagaan.
  2. Penegasan itu dibuat beberapa jam selepas Siltan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kemurkaan baginda terhadap PKR dan DAP berhubung krisis Menteri Besar Selangor.
  3. "Saya ingin menegaskan dasar PKR yang mendukung sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan merupakan salah satu tunggak kerajaan," katanya menerusi kenyataannya hari ini.
  4. Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita baginda terhadap PKR dan DAP awal Isnin lqlu kerana mengingkari titah supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan ke jawatan menteri besar.
  5. Kedua-dua sekutu Pakatan Rakyat itu hanya mempersembahkan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk dilantik ke jawatan eksekutif itu.
  6. Berbeza dengan PAS, yang disahkan mempersembahkan tiga nama kepada Sultan Sharafuddin seperti yang dititahkan baginda menerusi surat bertarikh 27 Ogos lalu.
  7. Azmin mengakui PKR berhadapan 'kesukaran' berhubung krisis berpanjangan membabitkan pertukaran menteri besar.
  8. "Saya akui kita sekarang sedang menghadapi sedikit kesukaran namun saya yakin berdasarkan pengalaman dan dengan semangat muafakat dalam parti dan Pakatan Rakyat, pimpinan PKR akan dapat mengatasi kesukaran sekarang.
  9. "Saya yakin kita akan keluar daripada kemelut sekarang dan kita perlu menggilap iltizam dan azam untuk maju ke hadapan dan membangunkan Selangor dan menjaga kepentingan rakyat jelata," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...