Monday 8 September 2014

Turkish Airlines Ganti Samsung Pada Jersi Chelsea



  1. Turkish Airlines dilapor akan menggantikan Samsung sebagai penaja jersi skuad Chelsea selepas kontrak syarikat elektronik itu tamat pada penghujung Liga Perdana Inggeris musim 2014-2015.
  2. Syarikat penerbangan keempat terbesar di Eropah itu sebelum ini telah mengadakan perjanjian komersil dengan Lionel Messi dan Kobe Bryant untuk jenama mereka.
  3. Samsung sebagai syarikat elektronik yang sinonim dengan warna biru telah menaja Chelsea sejak tahun 2005 selepas Ketua Eksekutif kelab itu, Peter Kenyon berkata, "pasukan tersebut akan mewarnai dunia ini dengan warna biru."
  4. Chelsea kemudian memperbaharui kontrak tajaan tersebut sehingga tahun 2013 tetapi telah dikejutkan kadar publisiti yang lebih kecil daripada syarikat berkenaan.
  5. Perjanjian penajaan antara Turkish Airlines dengan Chelsea dianggarkan berjumla 18 juta pound setahun.
  6. Pada penghujung tahun lalu, Chelsea bersetuju dengan kontrak tajaan jersi daripada Adidas bernilai 300 juta pound.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...