Friday 12 September 2014

Cristiano Ronaldo Bakal Sertai Chelsea?


LONDON 11 Sept - Chelsea membuat satu kejutan apabila berhasrat untuk menawarkan bintang Real Madrid dan bekas wira Manchester United, Cristiano Ronaldo menyertai kelab tersebut.


Ronaldo yang dilaporkan bakal meninggalkan barisan didik Carlo Ancelotti berkemungkinan akan kembali ke Old Trafford.

Manchester United dikatakan telah melakukan persediaan membuat simpanan berasingan STG60 juta (RM300 juta) untuk membawa pulang Ronaldo ke England dan Louis Van Gaal bersedia menawarkan perjanjian lumayan mengatasi gaji mingguan STG290,000 yang diterima ketika ini.

Namun, ada laporan terkini mendakwa Jose Mourinho sudah menyuarakan hajat mahu memancing pemain itu selepas pernah membimbingnya di Real.

Walaupun ada kecenderungan dari kelab Stamford Bridge itu Ronaldo lebih berminat pulang untuk mewakili Red Devils selepas pernah berkata: "Saya masih sayang Manchester". - Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...