Tuesday 30 September 2014

MCA Kata Banjir Kilat Berpunca Dari Langkah Kajang...


MCA hari ini menyalahkan 'Langkah Kajang' sebagai antara penyebab banjir kilat di Kajang akibat hujan lebat berterusan dua jam semalam.

“Banjir kilat yang melanda Kajang semalam adalah tambahan kepada senarai panjang dan tidak berkesudahan kegagalan Pakatan Rakyat menunaikan janji-janji pilihan raya,” kata Setiausaha MCA Selangor Ng Chok Sin.

Ng (kanan) mempersoal pencapaian anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Dr Wan Azizah Wan Ismail, enam bulan setelah dipilih dalam pilihan raya kecil.

“Saya sungguh-sungguh menggesa Wan Azizah mendedahkan rancangan masa depannya untuk pencegahan banjir, dan mendedahkan apa yang dicapainya setakat ini,” kata Ng.

Langkah Kajang direncanakan oleh PKR untuk menggantikan menteri besar Selangor ketika itu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ng juga berkata, Kajang pernah dilanda banjir kilat pada 2011 tetapi kerajaan nampaknya kerajaan negeri tidak mengambil pengajaran.

Hujan lebat semalam mengakibatkan air Sungai Kajang dan Sungai Jelok melimpah ke jalan sehingga menyebabkan air naik setinggi 0.2 meter.

Pengguna media sosial memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan kawasan di sekitar bandar itu, jalan pasar Kajang dan kawasan perniagaan sekitarnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...